Aku ni dah berapa hari x brape sihat.selsema x baik2.tp alhamdulillah dah jumpe doktor n doktor kate aku selsema biasa jer.
so kat sini aku nak citer skit kerja gila yg aku n suami aku wat hujung minggu lepas.macam ni citernya.jeng,jeng,jeng......
nak dijadikan citer, bulan ni kitorang dpt gaji awal memandangkan 25hb jatuh pada hari sabtu.so jumaat mlm 2 aku mcm biasa memang x masak hari jemaat coz ada pasar mlm kat rumah.pas g psr mlm,lepak2 jap wat mesyuarat tembok gn jiran tetangga sambil bagi hannah peluang bersosial gn kengkawan dia walaupun hannah ni boleh jer survive kalau dok sengsorang.
tambahan skit la ek, hannah ni memang sngat suka berkawan.aku seronok dok kat kejiranan ni coz budak2 lain pun suka main gn hannah.tp kalau lepaskan hannah bermain, mummy bukan bleh join sngt aktiviti mengumpat, coz hannah sngt aktif berlari kesana kemari.last2 mlm 2 hannah dok diam main pasir kat tepi jalan.huhuhu.tp ada gak la budak lain yg join hannah.aku angkat dia n x bg main, bukan main lg dia melalak.bg umpan nenen pun x mau.xperlah hannah.balik mummy trus mandikan hannah.
sambung blk citer, ngah seronot berborak, dalam kul 10 lebih, daddy pun balik.n aku sebagai istri mithali(aminn) pun bwk hannah masuk, mandikan hannah n prepare laksa penang yg aku beli kat pasar mlm tuk suami n aku skali.ngah mkn2 tiba2 jer suami aku ckap "jom tidur kat concorde nak mlm ni". apeeee....aku sngt lah terkejut gn plan suamiku itu.aku mls la nak g coz x berbaloi coz nak check in dah lmbt n esok check out kul 12.x ker membazir namanya tu.tp memandangkan suami aku ni pandai memujuk n dia nak support sumenya, aku pun bersetuju dgn idea spontan sumiku itu. maka berangkat lah kami sekeluarga ke concorde n check in dlm kul 12 lebih.
dalam bilik, hannah cukup seronok.maklumlah dah lame benor mummy n daddy x bwk hannah tdr hotel.xcited sngt dia.selongkar sane,selongkar sini, main tepon tepi katil,memain atas katil gn daddy sampai dia ngah nenen n mate dah nak tutup pun dia bleh bgn n sambung main sampailah dia tertidur kul 1 lebih.
esoknya mummy sepatutnya g sekolah, tp badan rasa x sedap kan so aku inform lah x dpt nak dtg sekolah.tdr jap n bgn tuk g breakfast.kat concorde ni breakfast dia best.tp aku ni jenis x kuat makan kan (ye ker) ditambah dgn selera xder coz x sihat, so mkn skit je lah.huhuhu.
pas mkn g tgk swimming pool.saje bwk hannah jenjalan.lupe plak aku yg anak dara aku ni suka main air,so sibuk la dia nak swimming.tp aku x bwk swimming sut dia, so aku pujuk la dia n last2 aku temankan hannah mandi dlm bath tub.seronok dia mandi.jadilah hannah.kul 12 siap2 nak check out, g lunch kat luar, hantar daddy g keje, than balik rumah, kemas2 skit, basuh baju,solat zohor, tidur,bgn, mandi,solat asar n amik daddy...
pas amik daddy, g PAS cari laptop.dkt 2 jam gak la baru la daddy dpt yg berkenan dihati.pastu g amik kakak n adik ipar aku kat stesen komuter.haa lagi skali suami aku wat cadangan nak jenjalan kluar dari s.alam n k.l.bayangkan sabtu mlm ahad baru nak g jenjalan, baru nak cari hotel.sumenya dah penuh.antara destinasi yg dicadangkan ialah, PD-penuh sumenya,fraser hill-xpenuh, tp takut nak g memalam buta ni, so last skali dlm kul 12 lebih, dapat la keputusan gi Afamosa kat Melaka.bayangkan lah kul 1 lebih baru sampai hotel.hannah ok lah, selamat tidur samapai pagi.samapi2 plak rasa lapar,so suami aku kuor cari 7E yg terdekat n beli snacks n magie.layanlah....
esok pg bgn, g breakfast,ni nak komplen ni.bilik dah lawa,pemandangan dah lawa, nk g tempat mkn dah lawa (dlm cowboy town) breakfast cam hampeh.dia x wat stail buffet, tp ada 3 jenis breakfast jer, western, asian n lagi satu ape ntah.dah la x sedap...
oleh kerana dah tau x sedap mkn kat situ so lunch kitorang nak cari kat luar.pas check out aku call adik bongsu aku yg belajar kat uniKL Melaka ajak lunch.time ni ada satu insiden berlaku.hannah dah tidur tp mulut n tgn dia sngat comot.so aku minta suamiku amik baby wipe dlm begpack hannah.suami aku pun amikkan n letak beg tu atas keta.adik ipar aku dah pesan jgn ltk situ takut terlupa, n u know what, it is really happen.suamiku lupe bawak masuk beg tu.kitorang patah balik n cari dah xder dah beg tu.huhuhu.sedih sngat coz aku yg beli beg tu khas utuk letak brg hannah n dalam tu ada buku tabung haji aku n hannah, beberapa helai pampers, baju hannah n yg paling sedih, 3 CD gmbar hannah yg aku wat gn phographer masa hannah umur 10 hari, 5 bulan yg setahun lebih hari tu...huhuhu.kenangan tuh...
tp benda dah hilang nak wat camnerkan....redha jelah.(walaupun sedih sngt)
pas makan, g animal safari.hannah lah yg paling seronok bila tgk binatang2 kat situ."wooooo....ooooo" tulah bunyi yg dia kuorkan masa dlm lori tu.pas tu kitorang round tgk binatang jln kaki jer.ada satu part tu, kitorang bg arnab makan.time ni sngt seronok tgk keletah hannah yg geram kat rabbit2 tu.yelah dpt tgk dgn dekat smabil bagi makan kan.menjerit2 kesukaan dia.pastu kitorang naik gajah, g monkey island n beli beberapa souvenir n balikkkkk.
belum balik s.alam lg.g rumah nenek suami kau kt klebang.diner kat situ than baru balik.n guess what, kitorang sampai rumah dekat kul 2 lebih coz jammmmmmmm.....
n aku rase nilah percutian yg paling penat, not well planned n mcm2 lagilah.sampai hari isnin aku sakit sngat kepala, dah g sekolah minta izin g klinik n dpat MC.
actualy,gambar ni xder kaitan dgn gn citer ni tp sajer nak upload gmbar kemesraan hannah n daddy dia mase jenjalan kat taman kat s.alam.
3 comments:
wah..bestnya jejalan..aku pun tgh plan nak jejalan mana ngan fitri masa dia balik nanti..patutlaa masa aku call ko tgh duk melaka..sedihnya CD2 gambar tu hilang..sbar jer laa yer
besnye suprise macam tu kan..my husband pon suke ajak jalan2 last minit..
liza n farah : best memang la best.tp ponat den dibueknya.huhuhu.
Post a Comment