Sunday, August 30, 2009

Aksi selepas sihat...

Alhamdulillah anak mummy sayang bucuk,hannah dah semakin sihat...cuma batuk n selsema stil ada skit la...dah baik demam ni senang plak nak bg makan ubat..xde meronta2 langsung..nganga jer mulut dgn rela hati...hehehe
by the way sejak hari rabu hari tu my parents datang rumah.so time berbuka dapatlah mkn masakan mak yg memang dijamin kesedapannya..
actually n3 kali ni nak tunjuk aksi2 hannah selepas baik demam...jgn terkejut yer kawan2 pabila melihat aksi anak daraku yg x berapa ayu ini..hehehe
mummy, hannah nak kuor lah..huhuhu
xperlah..hannah cuba bukak kunci sendiri..
isk tinggi plak tempat kunci ni..
haa..barulah bleh main gn cat..
ala cat ni...geram la hannah..

hannah sngt suka dgn kucing,tp mummy xder lah bela kucing.tkt x terjaga..ada sekali masa mak aku ngah kemas keta dia, tgk2 hannah dah meniarap bawah keta mak tuk cari kucing...haru betul anak daraku ini..

ni tgk plak aksi tarzan hannah(jgn tiru aksi ini tanpa pengawasan ibu bapa)

Friday, August 28, 2009

Baby tua....hehehe

hai rasenya dah lame x hapdate blog ni...samapai ada org bertanya kenapa aku diam membisu jer..hehehe. actually seminggu cuti ni x wat ape2 pun...jaga hannah yg demam+batuk+selsema.alhamdulillah hannah dah semakin sihat, cuma selsema la ada lg..
time dia x sihat sngatlah manja hannah dgn aku..apa pun xleh nak wat...tp layankan la kan coz dia tgh sakit..
ada sekali tu aku bgn nak msk sahur, dia pun bgn gak merengek-rengek nak mummy katanya..so mummy kourkan lah hannah nyer bouncer letak kat dapur, letakkan hannah n pesan kat dia dok diam2, mummy nak msk kejap jer...seb baik hannah ok(asal nmpk muka mummy)
pastu, trus hannah berminat nak main bouncer tu..tgklah gaya baby tua dok kat bouncer dia..sambil nyanyi lagu buai laju-laju...






tp muka tu nampak x sihat lg tuh sebenarnya...yelah sampai dua kali kena g jumpe doktor...hari jumaat gn hari Isnin..dah la payah gile nak bg makan ubat..bila ckp nak bg ubat jer dah lari ckp xnak...time bg lagi lah..daddy kena pegang tgn..mummy try bukak mulut hannah yg ditutup rapat..dan lidah tolak ubat...nagis mcm kena dera...huhuhu..padahal nak bg mkn ubat jer tu..kire nilah dugaan awal aku dibulan ramadhan yg penuh barakah ni...nasib baik time cuti sekolah hannah demam, so bleh la mummy jg hannah..

Saturday, August 22, 2009

Dugaan bulan puasa

Alhamdulillah selamat mummy berpuasa hari ni...cume puasa kali ni hannah demam la plak.risau gak time H1N1 tgh menular ni hannah bleh demam + batuk + selsema.tp mummy jg hannah betul2.asal panas je mummy jelum gn air...x pun letak cool fever.
actually badan hannah start panas khamis malam jumaat.time tu amik temperature dah 37.6..daddy kate kalau cek lg n still naik temperature daddy suh bwk g hospital trus..malam tu hannah tidur x lena lgsung...asyik terjaga, menangis n bercakap2 dlm bahasa dia.gn mummy skali x leh tidur coz bile mummy tutup mate jer hannah panggil "ma, ma".
pagi jumaat cek lg temperature badan hannah dah 38.9..mummy tanyer kwn mummy, Liza ok ker temperature cam tu...dia kate tu dah demam la tu...dia suh mummy mandikan hannah, bg makan ubat...tp kat rumah xder ubat ...
so mummy mandikan hannah, then bersiap trus g SALAM, daddy punya panel...doktor kate batuk n selsema hannah x truk.n ckp kalau demam still x kebah sampai hari Isnin dtg balik hospital..
so mummy amik keputusan amik cuti hari jumaat tuk jg hannah coz hannah kalau demam dia meragam skit..n betul ckp mummy...x leh nak wat ape lgsg...hannah meragam nak kat mummy jer..nak g minum air pun xleh..gn daddy lg la x nak..
pg td pun hannah meragam,susah nak tidur agaknya badan x sihat...n sudahya sahur td daddy yg masak.coz hannah menagis nak kat mummy.hehehe thanks syg n hannah pun join sama bersahur.berbuka pun beli kat bazar je td coz hannah nak bermanja je gn mummy dia.
petang td mcm dah kurang skit panas badan hannah.harap2 esok hannah sihat..doakanlah hannah cepat sembuh yer kawan-kawan...
budak demam tidur x lena...




walaupun demam, sempat baca buku...(gambar x jelas coz bilik mummy lampu romantik sngat)

Thursday, August 20, 2009

Candid - Giveaway Contest

seriusly ngah kemaruk join contest.wakaka.....pantang ada trus rasa nak join.tp kena pk gak la ada x gambar yang sesuai tuk ditepekkan dlm contest nya..hehehe. kali ni mummy menerjah blog kak intan n nampak contest ni..hehehe jgn marah ek kak..
oklah, contest yg mummy join kali ini adalah anjuran zieha dengan temanya candid giveaway contest dan lihatlah gambar yang mummy pilih tuk contest kali ini.

jeng, jeng, jeng...inilah gambar yg mummy ambil semasa daddy n hannah tgh tidur dgn gaya yg luar biasa.hehehe..sebenarnya masa amik gmbr ni daddy baru habis wat gotong royong kat area taman kitorang.penat sangat agaknya coz mula kul 8 n habis dkt kul 1 lebih.so balik terus lah tidur coz petang skit nak g keje jap.sian daddy. mummy n hannah join gak gotong royong tp kejap je coz hannah nangis nak tidur so kena lah balik kan hehehe.(senang ada anak kecik ni) masa daddy n hannah ngah tido ni mummy masuk toilet jap.ngah dlm toilet tu terdengar plak hannah nangis (hannah kalau terbgn mesti nak cari mummy dulu) tapi tibe2 pastu x dgr dah hannah nangis. bile kuor jer terus lah nampak mereka berdua begini.wakaka...lawak gila stail hannah tidur di atas prut daddy.payah nak dapat tau coz hannah kdg2 x mau gn daddy dia.so mummy pun trus lah snap gmbar ni tuk dibuat kenangan.

"BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST" Looking for Beautiful Prince and Princess"

contest lagi....hehehe mummy pun tgh kemaruk lagi nak join contest2 ni. so contest kali ni adalah contest "BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST" Looking for Beautiful Prince and Princess" yang dianjurkan oleh mommy_zara.
so lihat la gambar pilihan mummy kali ni
Nama puteriku : Nurhannah Irdina Bt Haris
Umur puteriku : 1 tahun 5 bulan


ok, gambar yang mummy letak tuk contest ni actually masa hannah umur 6 bulan. gigi pun baru nak tumbuh n sekarang dah penuh dah gigi hannah atas dan bawah.hehehe..gambar ni di ambil di tasik kat Shah Alam n actually diambil oleh jurugambar yg profesional iaitu kak zubye.



Ni mummy n daddy pun tumpang menyibuk sekali masa photoshoot hannah.

mummy sngt excited dengan kehadiran hannah sebagai ahli keluarga baru so mummy telah membuat keputusan tuk mengabadikan gmbr hannah yg kiut miut dari dia lahir sampailah umur dia setahun dan mummy sangt berpuas hati dengan gambar gambar yang ada coz sangt cantik. lagipun mesti best bila dpt menatap gambar perkembangan hannah dari baby sampai besar. so x kisah lah berbelanja lebih skit tuk hannah kan.hehehe

Tuesday, August 18, 2009

main Tenis...

lame dah x mengupdate blog ni.so mcm biasalah.kalau update blog mestilah citer pasal anak kesayanganku, nurhannah irdina. nak dijadikan cerita aku ni suka mengodek blog kawan2 aku. so ntah macam mana ada org tinggalkan ms kat shoutmix aku promote baju tuk budak2.so aku pun jengah la blog tu, Kak Suriati empunya blog n banyak baju budak lelaki n perempuan yg dijual dlm blog dia.
n aku pun telah terbekenan tuk membeli sehelai baju dr blog tu.kirenya ni lah first time aku beli baju melalui blog..ala2 baju tuk main tenis gitu....ni lah bajunya
ni gaya nak cari bola tenis

xde bola rileks la jap
dok atas drawer mini mummy
coaching dr daddy
haa...ada gaya x hannah untuk mengikut jejak langkah mummy n daddy dlm bidang sukan ni?..hehehe..ni budak2 mummy bg bukak aurat tp nanti kalau betul nak main kalau boleh mummy nak la hannah tutup aurat. x $moh la seksi sangat..huhuhu

Saturday, August 15, 2009

BABY in PINK contest

hehehe..sekali lg mummy kemaruk nak join contest. n kali ni mummy nak try masuk contest anjuran sha aka ibu Puteri

http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html
contest kali ni memerlukan mummy mencari gambar hannah dalam pakaian yang ada kaler pink n x susah nak cari coz hannah kan galgal, so banyak la dia pakai baju pink. dalam banyak2 gambar mummy telah terbekenan untuk meletak gambar ini



Nama puteriku :
Nurhannah Irdina Binti Haris

Tarikh lahir puteriku :
5 Mac 2008

Kenapa Hannah patut menang contest ni ?:
Hannah patut menang contest ni kerana gambar yang dihantar memenuhi syarat.bukan hanya berbaju pink ditambah pula dgn spek mata kaler pink membuatkan hannah bertambah comel.hehehe. anyway, gambar ini diambil semasa hannah berusia 10 bulan n ni adalah kali pertama hannah memakai cermin mata pink.hehehe lagi.hannah terpaksa membiasakan diri dgn cermin mata pink sehingga tidak dpt senyum dlm gambar ini.control macho gitu.

Apa yang saya tahu tentang blog Sha aka ibu Puteri?:
actually, saya godek2 blog member n jumpe contest ni.daripada contest ni baru la saya tau tntg blog sha. n saya rasa blog sha banyak menceritakan tentang aktivi sha terutama dengan Puteri serta perkembangan tentang diri Puteri. n saya minat nak baca blog sha coz yg pertama kita sama-sama mempunyai puteri yang umurnya pun lebih kurang sama.yang kedua saya suka baca blog yg banyak share maklumat tngtang penjagaan anak2 memandangkan saya pun baru ada sorang anak n yang ketiga boleh tambah kawan baru....

Friday, August 14, 2009

CONTEST BAJU RAYA SEDONDON

hehehe...sejak duamenjak ni mcm rajin jer godek2 blog n try msk contest2 yg di anjurkan oleh bloggers yang lain. kali ni aku nak try msk contest baju raya sendondon plak anjuran naz aka iburikazz


ok so inilah gambar yang aku pilih tuk contest ini....


Nama : Norliana Bt Mansor
Nama pasangan : Haris B Jali
Nama anak : Nurhannah Irdina Bt haris
Tahun raya : 2008
Tema raya tahun ini : Purple

haaa..kalau sume nak tau ni adalah kali pertama kami beraya pakai sedondon n kali pertama menyambut raya bersama anak kami, hannah. First raya as a wife tahun 2007 kat rumah mertua di Perak, hubby x moh pakai sedondon coz dia dah ada baju melayu kaler hijau. tp aku cari gak baju kaler hijau supaya nampak sedondon walaupun x sedondon sangat.hehehe.lg pun time tu aku ngah pregnant.
Tahun 2008 aku paksa suami cari baju yang sedondon supaya nampak romantik n cantik n dia setuju. dengan hannah sekali kena sedondon siap tudung pun sedondon.n raya 2008 tu first time hubby raya kat rumah mertua dia merangkap rumah parents aku kt Johor.hehehe.actualy, belah famili aku mmg tiap kali raya ada tema so hubby pun kenalah join.


n tahun ni, hubby plak yg sibuk2 nak pakai baju sedondon.mesti dia nampak cantik kalau satu famili pakai kaler yang same. n satu famili dia pun join skali.so tahun ni, giliran blk Perak dengan tema kalernya pepel.hehehe.


Thursday, August 13, 2009

It's all about HIM

ok entry kali ni aku nak citer pasal seseorang yg amat istimewa dalam hidupku.selain parents n famili lah.sebelum ni pun asyik citer pasal hannah kan so tukar lah plak ek.

haa, tau kan sape aku nak citer tuk entry kali ni.of coz lah jejaka yang telah berjaya mencuri hatiku, iaitu suamiku yang terchentaaa.hehehe.ok, nama penuh suamiku ni ialah Haris b Jali, tahun ni dia berumur 30 tahun coz dia lahir 28 Mac 79. tua 3 tahun lah dari aku. keje kat Kilang Nitto Denko kat seksyen23 Shah Alam.

meh nak citer camner kitorang bleh kenal.
kitorang ni satu UKM. bukan satu kolej,bukan satu kuliah n bukan satu fakulti pun coz dia budak Sains Bahan n aku budak pendidikan. so dimanakah tempat perkenalan kami?.......jeng,jeng,jeng....court tenis...haa, jgn x tau aku ni terer main tenis.hehehe.dari sekolah rendah dah main tenis tuk sekolah, daerah n negeri, bersambung ke sekolah menengah n akhirnya kat U pun aku wakil UKM tuk MASUM.
nak dijadikan citer kami satu team wakil UKM masa first year aku kt UKM n dia dah last year. time tu dia dah suka kat aku dah, katenya lah. tapi time tu i dah ada boyfreind.hehehehe so x layan sngt lah en.haris ni.

di pendekkan citer jodoh aku gn x-boyfren aku x panjang walaupun kitorang dah kawan selama 4 tahun.n tahun2 terakhir aku gn X, en.haris dah rajin contact aku citer dah jumpe seseorg yg dah curi ati dia lah, citer psl keje lah n mcm2 lg.aku jadilah pendengar yg setia jer.haa...kalau korang nak tau dialah manusia pertama yang panggil aku Lia.selama ni sume org panggil aku Liana.samapi satu hari aku betul2 breakup n X aku, aku call en.haris mengadu kat dia.tp b4 that aku dah ngadu kat makayah aku lah.huhuhu.
so sejak hari tu lg lah rajin dia mengontact aku. tp bila dia ajak kuor jer aku akan ajak member reramai.hehehe.bila lg nak pau org dah keje kan.hehehe
sampailah 9.2.05 aku hbs belajar n en haris dgn baik hatinya sudi menghantar aku n brg2ku ke Johor merangkap berjumpa parents aku....haaaa..time nilah kitorang declare as girlfren n boyfren.hehehehe.

kenapa aku setuju jadi girlfren dia?
1.of coz lah sebab dia hensem dimataku....
2. Dia sangat setia menunggu cinta aku selama 4 tahun, walaupun ada jumpe perempuan lain dia still x leh nak lupakan aku. coz dia kate susah nak jumpe org yg cute n pakai tudung tp still trendy cam aku....bangga...huss...huss...kembang hidung
3. Sesuai lah ngan pesanan Ustaz aku masa kat matrik dulu kalau boleh cari suami yang beberapa tahun lebih tua dari kita. adalah sebabnyer tu....hehehe
4. Dia sangat matang dalam nenjalinkan hubungan.
5. sangat romantik coz ada skali tu dia call aku nyanyi lagu perfect sambil petik gitar.cair aku dibuatnya...siap wat loud speaker bg memeber dgr dia nyanyi.aku plak mmg minat org lelaki yg main gitar.
6.kena kenalah sayang yg cinta org yang sayang n cita kita lebhkan.
7. ayah aku kater haris adalah calon yang sesuai utk aku.hehehe

n ada banyak lg sebab kenapa aku terima cinta en.haris ni.x kan sumer nak citer kot.
setelah setahun bercinta, 10.2.2006 kami pun bertunang.ingatkan nak kawin akhir tahun tp x jd coz parents aku pergi menunaikan Haji.so, kenalah kawin tahun 2007.
2.3.2007 adalah tarikh keramat bg kami apabila selamat lah aku menjadi isteri en,haris n majlis yg sederhana di adakan pada 3.3.o7.so bermulah episod aku menjadi isteri kepada insan yang kucintai.

masa mula2 kawin ni kitorang x dok same coz aku still ngajar kat Johor n hubby aku ni keje kt shah alam.so jadilah kitorang husband n wife PJJ.tiap kali hujung minggu mesti salah seorang akan turun KL or turun Johor tuk jumpe.rinduuuu lah katerkan.haa, dalam dok jauh2 pun akhirnya aku disahkan mengadung n bakal melahirkan anak sulung pada bulan 3 2008.

akhir 2008 aku dapat pindah ke Shah Alam dok gn hubby.ha barulah betul2 merasa hidup sebagai suami isteri.kena masak,kemas rumah,basuh baju suami n mcm 2 lg.aku ni plak mmg dulu x eti masak.suami aku ni minat asam pedas.first time aku msk asam pedas bleh plak aku bubuh gula.huhuhu.tp tuk mendorong semamngt suami aku tetap mkn.n skang aku dah terer lah skit berkat tunjuk ajar suamiku n makku.

n now, kitorang dah ada anak sorang insyaAllah nak tambah lg heheheh, dah ada rumah sendiri walaupun x besar n most important, kami sangat bahagia n aku harap aku akan sentiasa bahagia bersama en.haris disisiku walupun kdg2 ada gak gdh coz hubby aku ni slalu bz gn keje n aku ni jenis yg nak dia ada slalu dkt gn aku.but i'm still learning 2 be a good wife n mum.apepun aku bersyukur dukurniakan suami yang penyayang n caring mcm suamiku ini.

Untuk Abang, semoga jodoh kite berkekalan n kita bertemu lagi di Syurga nanti. InsyaAllah...Lia sayang abang....

Wednesday, August 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

haaa...ni first time aku nak join contest yg dianjurkan oleh MomBloggersPlanet.mana tau ada rezeki hannah tuk menang..hehehe..gud luck hannah.tp penat mummy godek2 album payah nak cari gambar yg sesuai n akhirnya mummy terpaksa pilih yang ni memandangkan anak mummy ni mmg payah nak senyum bila bergambar...so inilah gambar yg mummy pilih tuk contest anjuran:








ni lah gambar pilihan mummy


Nama : Nurhannah Irdina Binti Haris
Tarikh lahir : 5 Mac 2008

Bear ni adalah very favourite toys hannah berbanding toys lain yang kami belikan untuk dia. bear ni dibeli masa umur hannah 7 bulan n dibelikan oleh kakak ipar saya merangkap mak yong hannah. yang menariknya hannah yang pilih bear ni sendiri.

hannah sangat sayang bear ni sampai time mummy basuh bear ni bile dah comot sangat hannah akan menagis cari bear sampaikan daddy terpaksa cakap bear pergi work n bg bear lain baru hannah senyap tp x puas hati lah kan. n kemana2 pun hannah akan bawa bear ni walaupun mummy ajak teman pergi pasar malam jer.

dalam gambar ni plak mummy ada family day kat Bagan Lalang n mcm biasa bear sentiasa teman hannah dalam keadaan sedih ataupun gembira. hannah bad mood dalam gambar ni coz kena bangun awal join aktiviti mummy.

pada saya toys sangat penting untuk early chilhood development dari segi mental, fizikal, emosi dan perkembangan sosial...contohnya kita akan perasan kalau baby girls banyak toys yg melibatkan teddy bear, princess doll and other girls stuff..and also for the boys kita akan dedahkan pada balls, cars and other boys stuff so mereka dpt membesar dgn environment yg betul.daripada toys yg ada juga baby bleh create their own imagination world creatively...and they can have fun ways of learning through colours, sounds and shapes..seronok kan bila kite tgk anak2 bermain dgn toys mereka n mum and dad boleh rileks2 time anak2 tgh leka bermain gn toys mereka.betul x?

Monday, August 10, 2009

Satu round baca!!!

haa, entry kali ni aku nak citer sume benda yg aku nak citer cume x sempat nak update slalu.first off all, minggu lepas hari rabu rasanya aku dgn rase penuh kegumbiraan telah berjaya membeli kasut crocs dgn harga yg murah tuk aku, hannah n sepupu hannah,dhia.thanks to eyra n her fiance.n nilah kasut yg aku dah kaut dgn total harga 130 tuk 3 pasang kasut.wahahaha.gembira,gembira...

ni hannah punya same cam dhia cume dhia kaler biru.


mummy punya...


Sabtu....
supposely aku g sek coz ada meeting panitia tp aku x dpt dtg coz jumaat mlm tu hannah cam nmpak something trus2 ngs n pluk aku kuat2.satu mlm dia tidur pluk aku.ntah apa yg dia nmpk aku pun x tau tp aku pluk lah dia smbil bc ayat kursi, al-fatihah n 4 kul.alhamdulillah hannah ok.pg tu jg area tmn aku ada wat gtg royonng,org lelaki lah yg kena buatkan.so daddy n yg lain2 pun bekerjasama membersihkan kawasan taman.ibuk2,dok kt taman,lelepak smbil mkn.ngehngehngeh...hannah plak seronok la main slide n buaian.sampai terer sngat main slide smbil berdiri.apa lg jatuh lah dia.tp ngs jap jer.ni tgk la aktiviti 2 beranak selepas gtg royong



petang skit, daddy g keje so aku ckp gn hubby bleh ker nak g rumah akak aku kat kota damansara n hubby izinkan.aku pun gerak lah gn hannah.sampai rumah kakak aku dia ngah msk,aku gn hannah mkn McD jer.so hannah memain lah gn dua org sepupu dia.Danish n Dhia.pastu kakak aku ajak g giant kota damansara.so bergerak la kitorang kesana.samapi sana,kakak aku je g giant, aku, hannah, danish ,dhia adik aku malina n boypren dia kena tgk budak2 tu main kat tmpat yg ada game2 tu.

mula2 smpi ada petshop

time danish, hannah n dhia bermain2.


penat bermain n hannah pun cam nak tidur kitorg pun blk.semayang magrib dulu than baru memulakan perjalanan pulang kerumah, jemput daddy kat kilang dia than makan kuew teow n sampai rumah mkn plak nasi gn sup yg dibekalkan oleh kakak ku.hehehe.mana lah x gemuk kan.kuat betul nafsu mknku.huhuhu

Ahad....
bgn awal coz hari ni breakfast kt luar n nak beli lauk tuk msk tghari.tup2 hubby ckp kena tgk dulu game bola antara taman kat area rumah aku ni.huhuu.aktif betulkan kawasan taman aku ni membuat aktiviti.so tgk la jap.panas betul.hannah dah mengamuk2 x selesa than nangis nak nenen.hubby ckp g lah nenenkan dalam keta, bukak aircond sejuk skit.aku pun ikut la arahan.dah kenyang nenen, ingat nak la bwk hannah kuor tgk org main bola lg.tp b4 that, keta aku ni kena manualy lock dr dlm.tmpt duduk belakang mmg dah berkunci,hannah aku ltk kt driver seat n aku tutup pintu dia coz tkt dia jatuh.pas aku amik kasut dia kt tmpt duduk sebelah pemandu, aku pun kuncilah pintu tu.haaa,so korang bleh teka lah apa dah jadikannnn...anak kesayangan aku ni terer mengunci pintu,so terkuncilah dia dlm keta tu.huhuhu.aku gabra gak.nasib baik aircond still pasang so hannah x la panas dalam tu.
ada pakcik kt situ tlg tgkkan hannah n aku g panggil hubby aku.hannah dlm keta rileksjer.bila x nmpak aku baru dia ngs.bila nmpk aku bleh plak dia suka kt dlm tu.mummy dah gabra ni.seb baiklah pintu tu aku x tutup rapat sangat,so hubby aku berjaya menarik kunci pintu tu menggunakan dawai yg menggantungkan banner iklan tepi jalan.alhamdulillah hannah ok.hubby aku dah sound dah coz dah bnyk kali aku membahayakan hannah.huhuhu aku bukan sengaja.
sampai rumah,ready tuk masak.beli ketam 7 ekor n sayur kangkung.ketam msk lomak cili api,nyum2 n wat kangkung grg belacan tambah sambal belacan n sambal jawa.masa msk hannah menyibuk tlg kt dapur.amik kusi,letak sebelah sinki than "tolong" mummy apa yg patut.dah siap msk hannah nak tidur.aku pun tidurkan lah dia than mkn berdua gn hubby.slalu msk 1 pot setengah nasi x habis, tp hari tu msk 2 pot hubby berselera plak sampai minta tambah nasi dah xder.terpaksalah stop mkn n ratah jer ketam2 tu.
bila hannah bgn, lauk yg sama lah aku bg n tau x yg hannah ni sngt suka mkn ketam.bg nasi lebih x mau mkn tp ketam lebih xper.
petang tu aku bg dia main kt luar, kemudian dia swimming dlm pool dgn anak jiran aku,pas magrib hannah tidur.balance ketam ada lg 2 ketul n kitorg tinggalkan utk hannah.kitorg mkn magie gtg jer mlm tu.hehehe.bila hannah bgn daddy suapkan ketam tp rupanya x cukup 2 ketul tu.melalak2 hannah nak ketam lg.sudahnya aku bg apple jer nak bg dia diam.nsb baik menjadi.kalau x manenak cari ketam mlm buta.hehehe
oklah tu lah antara aktiviti yg telah aku concludekan sumenya dlm entry kali ni.

Thursday, August 6, 2009

Hannah ku sayang...

hah,kali ni aku nak tunjuk 1 lg stail hannah dok atas kerusi yg aku beli mmg khas tuk dia.hehehe.sori lah kalau terpaksa telengkan kepala tuk tgk video ni.



hai terer x anak dara ku.

Wednesday, August 5, 2009

Hari Keluarga SMKS18

actually, last weekend ada famili day yg dianjurkan oleh sekolah tempat aku mengajar. tempat yg dipilih adalah bagan lalang.kang g jauh2 ramai yg komplen x mau g coz jauh.ni yg dekat pun ramai gak yg x g.kepada kengkawan yg join famili day ni terima kasih bnyk2 kerana memberi kerjasama kepada ahli KGKT.
masa famili day, boleh la dipilih samada nak tidur semalam atau dtg pd hari kejadian iaitu hari ahad, dan aku telah memilih utk tidur semlm di sana.bukannye aper, perjalanan dr s.alam ke bagan lalang bukannye dkt, aktiviti start seawal kul 7.30pg.bilik yg kitorag duk x la exclusive sngt, tp oklah tuk semalam jer kan.
tupun kitorang sampai lmbt gak coz my hubby keje daa hari sabtu.

mlm tu b4 nak tidur dalam kul 11 lebih bleh plak hubby aku ajak makan sesiput kat bagan lalang ni.n aku sebagai isteri yg solehah pun ikut la hubby aku g mkn.kedai yg kitorg slalu g dah tutup la plak padahal blum kul 1.mesti laku ni.so kena lah g kedai lain.ok la masakan dia x sesedap kedai yg kitorang slalu g.pas mkn blk bilik kemas2 skit, tidurrrrr.....

esoknya, pas subuh aku mengejut suamiku tuk ready memulakan ektiviti hari ini.hannah pun kena bgn awal.mengamuk lah dia coz time tidur kena kacau.hehehe.tp nak wat camner mummy guna kuasa veto hari tu.sume kena ikut jadual mummy.

aktiviti pg tu, pendaftaran, aerobik n chicken dance.tgklah muka hannah yg masam satu hari...



pas sumer aktiviti tu apa lg, makannn la

hannah still bad mud..

pas makan ada acara treasure hunt.hannah yg bad mud xnak main ngan beduk2 lain,sudahnya aku bertresure hunt sambil mendukung anak.huhuhu.lotih den dibueknyo..bila dah x larat nak bertreasure hunt bersama anak aku minta rehat n main lelayang gn hannah.tp aku je yg beria main lelayang, hannah sibuk main pasir.ngahsibuk naikkan lyg2 group aku dah setle treasure hunt.so hubby aku pun join main lelayang.dia plak yg over coz dia kata dia x penah main lelayang.


tu yg kaki ngah berlari2 tu kaki daddy hannah la tu.lari main lelayang.

pas tu,aktiviti lunch.makan beramai2.than blk bilik jap semayang zohor, mandikan hannah yg berpasir n tidurkan hannah.daddy pun join hannah tidur.aku plak pas sume dah tidur,kuor balik tuk join aktiviti seterusnya.main netball atas pasir.susah gak main kat atas pasir ni.sudahnya group aku kalah dapat no 4.group yg sume lelaki pun bleh menang gn kitorang tau.huhuhu

dah setle sume game aku blk bilik semula tuk ajak hubby n hannah mandi laut.mase kitorang tibe tu dah sesi bg hadiah.dapat lah dua hamper yg dikongsi bersama tuk treasure hunt n netball.
pastu apa lg kitorang pun mandi laut.tp x lamer lah dan akhir skali memulakan perjalanan tuk blk ke rumah...ponat gak lah weekend ni....
mud hannah stil x ok.daddy, sentiasa ok...dah sampai rumah baru mud hannah ok.x cukup tidur agaknya...

Tuesday, August 4, 2009

sangat2 sedey...

huhuhu...sedih lg.bila la nakrasa happy plak ni.
ada entry sebelum ni aku citer pasal beg hannah hilang kat Melaka kan.yg maner didalam beg itu ada mengandungi gmbr2 hannah yg sngt cantik dr dia baby sampai la umur setahun.
n semalam baru aku sedar gambar2 kawin aku kat johor dulu pun ada dalam beg tu...huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
sangat sedey.mane nak dpt lg gmbr camtu.kawin sekali jer seumur hidup.ape yg perlu aku buat nihhhhhh.

Sunday, August 2, 2009

KENAPE???

actually aku ngah sedih ni.biasalah kan lumrah perempuan lepas bersalin, bentuk badan akan berubah n kdg2 berat makin bertambah even org cakap kalau breastfeed boleh elakkan badan naik.
all of those thing happen 2 me.bentuk badan memang dah lain n badan memang dah berisi.bukan aku x nak diet, tp aku ni jenis yg cepat lapar.slah aku ker?
skang husband aku dah komplen.siap cakap mak aku lg kurus dr aku.bukan aku x nak jg badan.siapa x nak kan badan kembali lgsg selepas bersalin.tp badan aku ni mmg jenis cepat naik n lmbt plak nak turun

(x la sesihat ni ek)

aku bukannya ape.kdg2 rase mcm org lelaki ni x faham bab ni.x kan x nak bg aku mkn kot nak suruh kurus.huhuhu.aku kdg2 teringin nak bersukan, main tenis ke.tp xdersaper nak teman.nak ajak suami kenkadang dia bz.kenkadang dia katesusah coz ada hannah.
lgpun kalau betul nak wife kurus blk kenape x nak bg kate2 semangat ke.ni x asyik perli jer.
n kalau betul nak suh kurus hantar la kt slimming centre ker,gym ker.ni x tau komplen jer.dia x tau yg bini dia mmg nak kurus mcm dulu.
skang ni aku x tau nak wat per.kena tahan lapar ker?kena mkn ubt kurus ker?